Friday, March 23, 2012

Sg. Klah Hotspring, Sungkai

Sabtu lepas dalam perancangan yang tak begitu terancang aku redah pergi ke Tg. Malim melawat member. Kebetulan masing² free, so decide la nak gi mandi sungai pada mulanya. Last² pikir baik gi mandi air panas, lagipun macam lama je tak berendam dalam kolam air panas tu. Last aku pergi kolam air panas pun kat Selayang, tu pun 3 tahun lepas. Lama dah derr..

Sebelum sampai umah member aku tu, aku dgn geng yang lain berenti makan dulu kat Pau Yik Mun, jadinya asal aku pegi area situ je memang la aku akan singgah makan kat kedai pau tu. Demi pau kacang aku turutkan, ha3. Tapi haritu aku makan pau kacang seketul je, sebab perut mintak nasik jugak. Lepas dh siap² makan terus ambush umah member aku tu. Lepas lepak kejap kitorg pun konvoi 2 bijik kereta nak mandi kolam air panas. Katanya tempat tu dekat je dengan umah dia.

Maka bergerak lah menuju ke destinasi yang dikatakan. Aku ingatkan dekat sangat la kolam tu, mula² masuk simpang ke Ulu Slim Hotspring, masing² dh suka ingatkan dah sampai. Rupanya tidak kerana kereta member aku yg kat depan tu menonong je ke straight lagi. Ha3, dan selama hampir 40 minit perjalanan smpai lah kitorg ke destinasi yang sebenarnya iaitu Sg. Klah Hotspring. Perghh, puas hati jugak la datang sini. Kolam pun besar, selesa walaupun ramai orang.

Kat situ ada kolam air panas, dan kolam air sejuk. Pilih lah mana suka. Aku pilih berendam kat dua² kolam, ha3. Tak banyak gambar yg aku ambik, sebab guna fon saja lagi pun bizi la nak bersauna..




(*semua gambar yg diambil adalah dalam retro mode, konon-kononnya laa..)

No comments:

Post a Comment