Monday, March 26, 2012

Bandung - Jkt (Feb 2012)

Ni kali ke-2 jugak aku travel ke Bandung & Jakarta.

Kalau ke sini accommodation tetap cari yang budget, sebab wang nya mahu dibelanja shopping kat sana. So kehadiran aku kali ni memang untuk membeli la. DSLR pun aku sanggup tak bawak, punya la ghairah nk bershopping, ha3. Aku cuma bawak camera compact je sebab senang nak ke sana sini - sumbat dalam poket je habis cerita.

Dari LCCT touchdown kat Hussein Sastranegara Airport. Sampai je terus ambik cab ke hotel. Ha sebelum tu thanks Groupon sebab promo voucher ni, hotel mmg murah, selesa dan best. Terima kasih la der..

Sampai je hotel letak barang kat receptionist (sebab masa smpai tu awal pagi lagi, so terpaksa letak je barang dulu & keluar cari apa yg patut) & bila dh boleh je check-in tghari tu terus la tido sampai petang!


Mengantuk weh flight pagi pulak tu, dengan keje banyak lagi masa hari sebelum datang. Sampai je bilik apa lagii.. katil pun best ha siap la berdengkur 2-3 round. Bangun tido je masing² terus berjalan kat area Cihampelas sampai malam.


Aku stay Bandung 5 hari 4 malam. Sehari pergi Jkt (balik hari).

Hari pertama sampai, kitorg jalan je sepanjang² outlet di area Cihampelas tu sampai ke malam. Hari ke-2, baru lah ambik supir & terus ke Jkt sehari suntuk. Hari ke-3 still pakai supir dan pusing outlet² yang ada di Bandung tu. Hari ke-4, pergi ke Tangkuban Parahu sebab aku nk cari barang² sovenir (+) ada salah sorg member trip ni tak pernah smpai lagi Bandung, so better la bawak dia pegi situ jugak. Turun dari Tangkuban terus lunch kat Kampung Daun restaurant. Hari ke-5, gerak balik KL - flight pukul 8.30 pagi.

Begitulah kira² nya.


So itulah Bandung, destinasi yang tak berapa nak budget. Hu3.


m
(Amaris Hotel Cihampelas, bilik cantik, bfast sedap & menepati citarasa, WIFI pun ada - tu yg paling penting!)

(katil, bantal dan tilam yg empuk & sangat selesa. balik dari berjalan je terus tido mati)
(1st dinner masa sampai sana, set ayam bakar yg aku makan kat area Ciwalk - kurusnya ayam tu, tak cukup woi ngn kapasiti perut aku ni)

(restoren tempat aku makan set ayam bakar tadi)
(ha3, aku mampu gelak je tengok kedai ni - kreatif dowh)

(Ciwalk area)
(home of dvd's - dvd² kat Bandung memang murah gilaa, & banyak kedai dvd, tiap kali datang sini mmg aku akan borong sakan segala jenis dvd yang ada, sekeping 6,000 rupiah je.. tak sampai RM2 hinggitt kott)

(boot's outlet - korang bleh tempah, dah siap dia akan pos ke umah)
(di dalam kedai dvd)

(kue ape - apa tu wei?)
(Paskal Food Court, Bandung)

(lagi satu yang best ada kat Bandung tu, perfume yg siap sedia tak sampai seminit. harga ikut pada jenis & isipadu. ha3, kalah scientist la diorg ni)
(factory outlet)

(Fashion World factory outlet)
(aku punya feveret outlet, sweater, short, t-shirt memang design semua taste aku)
(borong selagi tak kempis wallet tu!)
(Kampung Daun restaurant - ni je gambar yg aku ambik, ha3)
(apa nama nasik ni, aku pun dh lupaa.. tp nasik tu berbalut dengan daun pisang tu, hu3)
(Kawah Ratu @ Tangkuban Parahu)

(bila nak meletup derr.. gua nak jugak tengokk depan mata camnerr)
(otw to Jakarta from Bandung - pergi balik hari je)

(kalau baca signboard diorg mmg la lawak, ha3)
(tiap kali aku datang Jakarta, tiap kali tu la banjir. hujan sikit je pun)
(Mangga Dua Square)
(KFC @ Mangga Dua, wohoo.. ada nasik. tapi KFC Malaysia sedap lagi der..)
(Tugu Monas dari kejauhan, malas nak pegi lagi sebab dah pernah pegi sbelum ni)
(@ Grand Indonesia Plaza)


Kat atas Tangkuban Parahu aku dapat beli frame 2 bijik. Kos untuk kedua² frame tu dalam RM55.00 - satu frame full set band, & satu lagi frame single guitar union jack. Letih aku nego harga dgn budak gunung tu..

(kedai jual sovenir & frame @ Tangkuban)

(salah satu frame yang berjaya dibeli, wohoo!!!!)


The World Through My Eyes

Just to share some pictures while in the plane. These pictures were taken while traveling from Sabah to Sarawak. I'm so busy with field works & these the only picture that could being captured by that time!


(before touchdown at Kota Kinabalu)

(thank you MAS)

(Sarawak land from the air)

(river streams along the Sarawak's land)

Beautiful art and creation of God, I feel very grateful.

Friday, March 23, 2012

Sg. Klah Hotspring, Sungkai

Sabtu lepas dalam perancangan yang tak begitu terancang aku redah pergi ke Tg. Malim melawat member. Kebetulan masing² free, so decide la nak gi mandi sungai pada mulanya. Last² pikir baik gi mandi air panas, lagipun macam lama je tak berendam dalam kolam air panas tu. Last aku pergi kolam air panas pun kat Selayang, tu pun 3 tahun lepas. Lama dah derr..

Sebelum sampai umah member aku tu, aku dgn geng yang lain berenti makan dulu kat Pau Yik Mun, jadinya asal aku pegi area situ je memang la aku akan singgah makan kat kedai pau tu. Demi pau kacang aku turutkan, ha3. Tapi haritu aku makan pau kacang seketul je, sebab perut mintak nasik jugak. Lepas dh siap² makan terus ambush umah member aku tu. Lepas lepak kejap kitorg pun konvoi 2 bijik kereta nak mandi kolam air panas. Katanya tempat tu dekat je dengan umah dia.

Maka bergerak lah menuju ke destinasi yang dikatakan. Aku ingatkan dekat sangat la kolam tu, mula² masuk simpang ke Ulu Slim Hotspring, masing² dh suka ingatkan dah sampai. Rupanya tidak kerana kereta member aku yg kat depan tu menonong je ke straight lagi. Ha3, dan selama hampir 40 minit perjalanan smpai lah kitorg ke destinasi yang sebenarnya iaitu Sg. Klah Hotspring. Perghh, puas hati jugak la datang sini. Kolam pun besar, selesa walaupun ramai orang.

Kat situ ada kolam air panas, dan kolam air sejuk. Pilih lah mana suka. Aku pilih berendam kat dua² kolam, ha3. Tak banyak gambar yg aku ambik, sebab guna fon saja lagi pun bizi la nak bersauna..




(*semua gambar yg diambil adalah dalam retro mode, konon-kononnya laa..)

Tuesday, March 13, 2012

Bangkok, Thailand (June, 2011)

OK.

Untuk posting permulaan ni aku just nak share pasal experience aku ke Bangkok. Ni kiranya baru kali ke-2 aku jejakkan kaki ke sana. First time dulu aku pegi tahun 2010 sebab hal² kerja, & tak sempat pun nak jalan² sangat (aku sempat pegi ke Chatuchak Market je time tu, sebab time lain aku fullpack dengan kerja). So 2nd trip ni aku pegi pulak dalam bulan June 2011 haritu sebab nak explore sikit apa yg ada kt Bangkok ni.

Kalau pegi bumi Gajah Putih ni benda pertama yg datang dalam kepala aku mestilah pegi masuk & tengok temple (wat siam) diorg. Bagi aku adalah satu kekaguman bila tengok patung² buddha yang unik dgn design yang cukup cantik.

Lepas tu apa lagi, angkat camera & ambik gambar la smpai lebam! Ha3..


Kat Bangkok kali ni aku stay kat area Silom, & nama hotel tu Take a Nap. Hotel ni memang selesa, best dan yang penting design bilik hotel tu cun gila. Harga pun ok dan still dalam bajet untuk backpackers, & yg paling  penting memang strategik kalau nak ke mana² (walking distance). So adalah tidak menjadi satu penyesalan aku stay kat situ. Dekat dengan station BTS (lrt) dan dekat juga dengan station MRT (subway). Malam je pegi jalan² kat Patpong, dan area situ penuh dengan club & bar.. tapi aku tak pegi pn club tu, aku gi massage lagi best, ha3. Massage memang murah kat sana, 200THB (RM20.00) je sejam. Kalau pandai kawtim, boleh dapat lagi murah. So aku massage haritu 2 jam dengan harga 350THB (RM35.00), ha3..


(design bilik @Take a Nap, setiap bilik design dia lain², & private toilet/bathroom)

(Take a Nap, Silom)
Aku ke sana 4 hari 3 malam je. Banyak jugak tempat yg aku pegi, antaranya area² shopping complex macam MBK Center, Siam Discovery, Siam Paragon dan beberapa lagi mall aku pun dah tak berapa nak ingat nama. Time aku pegi ke sana kebetulan Thailand tengah sibuk dengan pilihanraya, nasib baik semuanya aman sentosa je takde pun sebarang rusuhan dari baju merah ke baju kuning ke apa ke. Pelancong dari middle east pun ramai time tu, mat salleh takyah cakap la memang penuh.

MBK Center ni bnyak jual gajet², henfon, game dan yg sewaktu dengannya, mcm lowyatt la lebih kurang. Warga thailand pun sedang diserang kegilaan iPad dan iPhone, bersepah² dengan promosi. Blackberry pun kalah sudaa.. ha3. Aku beli memory card je untuk tab aku.

(MBK Center)

(TAXI diorg memang colorful)

(replika tong sampah kat area BTS)

(haa.. patung dewa ke dewi ni? aku pun tak melepaskan peluang untuk berpegangan dan berposing dengan patung tu, ha3)

(Siam Paragon)

(somewhere inside Siam Discovery, Bangkok)



Selain tengok² area shopping mall kat Bangkok, aku juga turut menjelajah menyusuri Sungai Chao Phraya untuk ke temple² & area yang lain. Setiap jeti (pier) mesti akan ada temple dan melalui sungai ni boleh smpai ke 'floating market'. Tapi aku tak pegi la smpai ke market tu sebab boleh tahan jauh jugak, aku just pegi ke Wat Pho, Grand Palace, dan area Chinatown. Wat Arun aku agak frust tak dapat nak pegi sbb hujan la pulakk..

(dalam boat merentasi Sungai Chao Phraya)

(view dari Sungai Chao Phraya)

(area Chinatown, barang² kat sini murah² )

(police station sign)


(jeti)

(barisan tuk-tuk kat area Chinatoen, Bangkok)

(Ratchawong Pier)

(Arun Temple/Wat Arun)
(gerai² kat area jeti/pier)

(Buddha @Wat Pho)

(panjang nyaa.. sampai sini je lense camera aku bleh fokus!)

(make your wish by putting a coin inside)
(aku @#Wat Pho)

(Wat Pho)

(tapak kaki Buddha)
(Wat Arun dari jeti)

(next time aku akan masuk jugak temple ni)

Wat Arun tu memang aku akan pegi lepas ni & juga akan explore wat² siam yang lain. Seharian jugak la jalan² jelajah temple, malamnya pusing² Patpong dan cari makan untuk isi perut yang kosong. Pasal makan takde problem kalau ke Bangkok, yang penting usaha tangga kejayaan untuk cari tempat makan yang selesa dengan tekak.

(nasi beriani arab)

(set kebab)
Hari last sebelum balik KL seharian aku menjelajah Chatuchak Market. Itu tempat wajib kalau ke Bangkok, sebab market dia besaaarr.. macam² adaa.. yang aku aim kat situ kain poster, banner, seluar & tshirt yg designnya rare sikit. So benda² tu wajib beli dan bawak balik. Harga murah, kalau pandai kawtimm lagi murah la korang dapat.

(sovenir)

(#Chatuchak Market)
Tak banyak gambar yg aku ambik masa kat Chatuchak sebab dah lemau je rasa. Ha3, ini je la secebis gambaran yang aku dapat untuk trip ke Bangkok last year. Mungkin tahun ni aku akan pegi lagi kalau takde aral melintang, dan kalau ada rezki lebih. Aku suka travel ke Thailand sebab negara dia penuh dengan sejarah serta design monument² yg cool dan cantek..





Pix kat atas tu semuanya kat area Suvarnabhumi Airport, Bangkok, Damn cool la itu patung! OK Bangkok, bertemu kita nanti di masa² akan datang.


Date Traveled: June 2011