Monday, March 26, 2012

Bandung - Jkt (Feb 2012)

Ni kali ke-2 jugak aku travel ke Bandung & Jakarta.

Kalau ke sini accommodation tetap cari yang budget, sebab wang nya mahu dibelanja shopping kat sana. So kehadiran aku kali ni memang untuk membeli la. DSLR pun aku sanggup tak bawak, punya la ghairah nk bershopping, ha3. Aku cuma bawak camera compact je sebab senang nak ke sana sini - sumbat dalam poket je habis cerita.

Dari LCCT touchdown kat Hussein Sastranegara Airport. Sampai je terus ambik cab ke hotel. Ha sebelum tu thanks Groupon sebab promo voucher ni, hotel mmg murah, selesa dan best. Terima kasih la der..

Sampai je hotel letak barang kat receptionist (sebab masa smpai tu awal pagi lagi, so terpaksa letak je barang dulu & keluar cari apa yg patut) & bila dh boleh je check-in tghari tu terus la tido sampai petang!


Mengantuk weh flight pagi pulak tu, dengan keje banyak lagi masa hari sebelum datang. Sampai je bilik apa lagii.. katil pun best ha siap la berdengkur 2-3 round. Bangun tido je masing² terus berjalan kat area Cihampelas sampai malam.


Aku stay Bandung 5 hari 4 malam. Sehari pergi Jkt (balik hari).

Hari pertama sampai, kitorg jalan je sepanjang² outlet di area Cihampelas tu sampai ke malam. Hari ke-2, baru lah ambik supir & terus ke Jkt sehari suntuk. Hari ke-3 still pakai supir dan pusing outlet² yang ada di Bandung tu. Hari ke-4, pergi ke Tangkuban Parahu sebab aku nk cari barang² sovenir (+) ada salah sorg member trip ni tak pernah smpai lagi Bandung, so better la bawak dia pegi situ jugak. Turun dari Tangkuban terus lunch kat Kampung Daun restaurant. Hari ke-5, gerak balik KL - flight pukul 8.30 pagi.

Begitulah kira² nya.


So itulah Bandung, destinasi yang tak berapa nak budget. Hu3.


m
(Amaris Hotel Cihampelas, bilik cantik, bfast sedap & menepati citarasa, WIFI pun ada - tu yg paling penting!)

(katil, bantal dan tilam yg empuk & sangat selesa. balik dari berjalan je terus tido mati)
(1st dinner masa sampai sana, set ayam bakar yg aku makan kat area Ciwalk - kurusnya ayam tu, tak cukup woi ngn kapasiti perut aku ni)

(restoren tempat aku makan set ayam bakar tadi)
(ha3, aku mampu gelak je tengok kedai ni - kreatif dowh)

(Ciwalk area)
(home of dvd's - dvd² kat Bandung memang murah gilaa, & banyak kedai dvd, tiap kali datang sini mmg aku akan borong sakan segala jenis dvd yang ada, sekeping 6,000 rupiah je.. tak sampai RM2 hinggitt kott)

(boot's outlet - korang bleh tempah, dah siap dia akan pos ke umah)
(di dalam kedai dvd)

(kue ape - apa tu wei?)
(Paskal Food Court, Bandung)

(lagi satu yang best ada kat Bandung tu, perfume yg siap sedia tak sampai seminit. harga ikut pada jenis & isipadu. ha3, kalah scientist la diorg ni)
(factory outlet)

(Fashion World factory outlet)
(aku punya feveret outlet, sweater, short, t-shirt memang design semua taste aku)
(borong selagi tak kempis wallet tu!)
(Kampung Daun restaurant - ni je gambar yg aku ambik, ha3)
(apa nama nasik ni, aku pun dh lupaa.. tp nasik tu berbalut dengan daun pisang tu, hu3)
(Kawah Ratu @ Tangkuban Parahu)

(bila nak meletup derr.. gua nak jugak tengokk depan mata camnerr)
(otw to Jakarta from Bandung - pergi balik hari je)

(kalau baca signboard diorg mmg la lawak, ha3)
(tiap kali aku datang Jakarta, tiap kali tu la banjir. hujan sikit je pun)
(Mangga Dua Square)
(KFC @ Mangga Dua, wohoo.. ada nasik. tapi KFC Malaysia sedap lagi der..)
(Tugu Monas dari kejauhan, malas nak pegi lagi sebab dah pernah pegi sbelum ni)
(@ Grand Indonesia Plaza)


Kat atas Tangkuban Parahu aku dapat beli frame 2 bijik. Kos untuk kedua² frame tu dalam RM55.00 - satu frame full set band, & satu lagi frame single guitar union jack. Letih aku nego harga dgn budak gunung tu..

(kedai jual sovenir & frame @ Tangkuban)

(salah satu frame yang berjaya dibeli, wohoo!!!!)


No comments:

Post a Comment