Hujung bulan Mac lepas aku menjelajah ke Medan yg terletak di Sumatera Utara. Tujuan utama ke sana adalah sebab nak tengok Danau Toba. Nak juga tengok Danau Toba tu macam mana rupanya. Aku pegi sana 4hari 3malam, bersama dengan 2 org lagi member. Dan setelah survey² kat internet, aku dapat cari pakej yg murah dan berbaloi untuk kitorg bertiga. Maklumlah pertama kali datang, bila pikir² balik baik ambik pakej je nanti senang nak ke mana². So aku sertakan sekali kos travel untuk kali ni sebagai panduan bersama.
Tiket flight Air Asia : RM25.40 (return)/seorang
Pakej Tour 4h3m : RM540.00 (private tour)/seorang
Airport Tax : RM25.00 @ 75,000rupiah/seorang
Jumlah kan sendiri la untuk tau total semua berapa, ha3.
Ok, aku cerita kan serba sedikit la pasal trip ni. Aku tak pandai nak mengarang sangat, tapi try utk explain nanti kat gambar.
Hari Pertama:
Maka bermula lah perjalanan ke sana. Seawal 8.30pagi kitorg dh sampai kat Airport Polonia Medan. Perjalanan dari LCCT ke sana just ambik masa sejam saja. Settle cop passport segala, keluar ke dari arrival hall dah nampak bapak supir yg sedia menunggu. Keluar je dari kawasan airport, keadaan agak sesak disebabkan masa tu ada rusuhan kenaikan harga minyak di Indonesia. Cuak tak cuak jugak la,.. polis & tentera penuh kat airport siap sedia nak pasang pagar kawat besi. Masing² pasrah je derr..
Keluar je dari kawasan airport, bapak supir terus bawak kitorg ke Istana Maimoen dulu. Dah siap melawat dalam istana tu & ambik² gambar kitorang ke kedai batik. Tak beli pun batiknya ha3 tapi dh ada dalam itinerary so ikut je laa.. Supir yg kitorg dapat untuk trip ni nama Dani & trip ni kiranya private tour, just kitorg bertiga tak campur dengan group lain.
Lepas dah habis melawat serba sikit kat bandar Medan, kitorg lunch, lepas tu terus gerak ke Danau Toba yg mengambil masa 5 jam. Mental dh siap sedia untuk mengharungi perjalanan tanpa highway. Nasib baik semua ok, takde sesiapa yg mabuk atau muntah, & jalan kat sana memang bengkang bengkok dan berlubang² seperti yg aku survey dan baca sebelum ni. Tapi bagi aku takde la teruk sangat jalan tu, mungkin sebab aku dh biasa kot lalu jalan yg mcm tu kt Malaysia ni. Ha3. Dalam perjalanan selama 5 jam tu kitorg singgah kedai Paten (yg jual kacang² yg nama dia pelik² tu), beli dodol, ambik gambar kat area pokok getah (kebetulan berenti smoking), pastu singgah petrol pump stretching badan kejap pastu sambung balik perjalanan. Kiranya takde la boring, sambil² tu Dani pun ada cite serba sedikit pasal kaum² Batak yg ada kat Danau Toba, (+) sepanjang perjalanan tu dapat la tgok rumah² org Batak yg unik dgn kuburan yg cantik di kawasan rumah diorg. Kubur lagi cantik dari rumah derr.. siap mozek, tiles segalaa..
Dan akhirnya setelah 5 jam sampailah kitorg kat Danau Toba, Parapat. Huwwaa.. cantik gila tasik tu weh macam laut. Di tengah² tasik tu ada pulau yg namanya Pulau Samosir. Aku check in kat Danau Toba International Cottage dan dapat bilik yg mengadap tasik. Indahnya alam ini.. cantik sungguh. Apa lagi rehat kejap kat bilik, lepas tu usung camera la ambik gambar kat area tasik sampai la lewat petang.
Dan yg paling best menunggu saat dan ketika matahari terbenam, sumpah cantik..
|
(Istana Maimoen) |
|
(balairongseri) |
|
(tempat simpanan meriam) |
|
(sekitar Istana Maimoen) |
|
|
(ini nama dia beca motor) |
|
(1st lunch menu masa sampai di Medan) |
|
(mak oi nama kacang² dia tak bleh blaahh..) |
|
(pangpang, pongpong, tangtang.. pelempanggg) |
|
(sakit jantung baca nama kacang) |
|
(adoi laaa..) |
|
(balkoni hotel @ Danau Toba Int. Cottage) |
|
(boleh nampak jeti feri dari balkoni bilik hotel) |
|
(kagum) |
|
(Danau Toba) |
|
(banyak ikan diorg ni dapat, besar² tuuu) |
|
(hotel design) |
|
(berkenan sungguh aku dengan bumbung ni) |
|
(langit, bumbung dan bunga trompet) |
|
(bot) |
|
(i feel blessed..) |
|
(petang yg sangat indah bagi aku) |
|
(setiap feri meriah dengan speaker, mcm masuk diskotik!!) |
|
(majoriti sini Batak kristian) |
|
(church) |
|
(welcome, Danau Toba) |
|
(menunggu sunset) |
|
(matahari mulai terbenam) |
|
(aku pun tak tau nak cakap apa lagi..) |
|
(tercapai jugak hajat aku nk rasa sunset kat Danau Toba) |
Malam tu Dani bawak kitorg dinner, lepak² kejap kat kedai makan tu. Dah habis makan, aku cari simkad sebab nk access internet. Biasa la hidup skrg mesti kena ada internet di sisi, kalau takde tu rasa mcm hilang separuh nyawa, semangat pun takde...
Last² dapat la beli simkad sekeping nama As, nak beli yg SimPati habis la pulakk.. As pun As la janji internet jalann, lepas tu sambung lagi lepak kat warung kopi (bandrek). Apa yg aku tengok pekan Parapat agak sunyi time malam, yg ada pun kedai² sovenir saja. Kalau takde Dani ni aku rasa bleh mati kutu gak dibuatnya.
Malam tu lepak hotel je & borak² sambil menghirup udara nyaman Danau Tobaa..
Hari kedua:
Sempat aku tgok sunrise pagi tu, gigih bangun awal pagi. Snap² gambar sampai puas hati & pegi breakfast kat cafe atas bukit. Indahnya alam ini... Dah settle bfast & ambik² gambar kitorg berempat gerak ke jeti dan naik feri ke Pulau Samosir. Ok, Pulau Samosir tu depan Danau Toba tu saja, dan pulau tu besarr.. sebesar negara Singapura.. kalau tak percaya sila tengok peta. Pulau Samosir ni adalah pulau di dalam kawasan tasik (danau) Toba tu.
Aku jadi kagum la sekejap. Oh ya, aku diberitahu juga bahawa air tasik Toba ni tak sejuk sangat, sebab dasar tasik ni sebenarnya adalah sebahagian daripada kawah gunung berapi. Lupa pulak aku nak celup kaki dgn tangan nak rasa air tasik ni, hu3.. dh balik baru teringat derr.. sadis!
Perjalanan dari jeti Parapat nak ke Pulau Samosir (Perkampungan Tomok) tu ambik masa 45 minit jugak la. Aku ingatkan 5 minit je sebab nmpak dekat je pun dari sini, hu3. Dah sampai sana kitorg melawat kubur diraja Batak, & jalan² area kedai jual sovenir, dan ofkoss la cari pulsa (topup). Demi internet untuk berFB dan brYM segala rintangan ku turutkan juaaa...
Selesai melawat² area situ, kitorg gerak balik ke jeti Parapat, check out, lunch & lepas tu gerak pula ke Berastagi. Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam....
Di sepanjang perjalanan, kitorg singgah tengok tempat lagenda Batu Tergantung, muzium Ikan Emas (tapi terbengkalai), air terjun Sipiso-piso dan lepas tu singgah minum teh halia di kawasan Simarjarunjung. Dan selepas itu perjalanan diteruskan ke Berastagi. Lewat petang tu sampai ke hotel, rehat² kejap & malam tu ajak Dani keluar cari kedai. Kesimpulannya Berastagi ni macam Cameron Highlands (tapi CH tu 20kali lebih meriah), tapi lagi sejuk dari CH, dan yg paling penting malam² memang takde apaa.. pekan matiii..
Lepas gi kedai, balik hotel main FB pastu tidoooo..
|
(keadaan pagi di Danau Toba) |
|
(hu3) |
|
(nak cakap apa lagi, tengok je la...) |
|
(tenang..) |
|
(bumbung lawa btul) |
|
(lepas ni nak pegi Padang la nak tgok design org Minang pulak) |
|
(HORAS! Samosir) |
|
(jadwal) |
|
(rumah Batak perempuan, tangga dia tersembunyi sikit) |
|
(rumah Batak @ Perkampungan Tomok) |
|
(rumah Batak) |
|
(kuburan) |
|
(sangat simbolik pintu gerbang masuk ni) |
|
(kuburan diraja Batak) |
|
(soveniers) |
|
(feri) |
|
(yeah!!) |
|
(ini gambar kawasan lagenda Batu Tergantung, tp camera aku tak dapat zoom habis, kat tepi bukit tu boleh nampak rupa batu seakan² perempuan yg tergantung) |
|
(ni yg rasa nak beli lense baru sekarang jugak!) |
|
(muzium ikan emas, tp dh terbengkalai) |
|
(aku pun lupa pulau kecik ni nama apa, tp sangat cantik, masa ni kitorg dh gerak otw ke Berastagi) |
|
(rumah Batak, still kat area Danau Toba) |
|
(pekena kopi, teh halia kat area Simarjarunjung) |
|
(area Saribudolok) |
|
(inilah air terjun Sipiso-piso dari kejauhan) |
|
(air terjun ni keluar dari lubang) |
|
(ini adalah bahagian terakhir/penghujung Danau Toba sebelum kitorg masuk ke kawasan tanah tinggi Berastagi) |
|
(selipars) |
|
(org tu cakap ini buah melon) |
|
(inside pasar pagi Berastagi) |
|
(lupa la nama apa) |
|
(sumpah lupa apa nama buah ni) |
Hari Ketiga:
Breakfast & jalan-jalan sekitar pekan Berastagi. Environment situ mcm Cameron, tapi kedai-kedai memang tak banyak. Just ada 1 je kawasan pasar pagi, kat situ ada jual buah²an, sovenirs, jual pets & gerai jagung bakar. Aku pun pekena la sebatang jagung bakar tu dengan teh botol. Dah settle semua, gerak balik ke Medan. Perjalanan mengambil masa 2 jam (lega sikit hati ni mendengornya)..
Sampai di bandar Medan je keadaan masih lagi merusuh sebab kenaikan harga minyak diorg tu tak settle² lagi. Jalan agak jem. Tapi peduli apa kan, kitorg ajak jugak Dani bawak pegi kedai DVD (indon kalau dvd² diorg memang murah, sekeping tak sampai RM2 pun). Dah jumpa kedai dvd apa lagi, masing² tersangkut la kat situ berejam² jugak..
Aku angkut 15 keping dvd. Ada yg 8in1, 9in1, 10in1. Habisssss rupiah..
Malam tu Dani bawak ronda² bandar Medan. Singgah meronda kat Merdeka Walk, haa kat situ happening la ala² Bintang Walk mcm tu la lebih kurg. Dah habis kat situ mcm bosan je so nak hilangkan bosan marilah kita ke kelab dangdut, ha3. Apa lagi, layan la dangdut sampai tengah malam.
|
(ke Medan!) |
|
(tugu di Berastagi) |
|
(patung kaum Batak Karo) |
|
(ini dah kat Pasar Ikan, Medan) |
Hari Keempat/Last:
Pagi tu lepas bfast, gerak ke Pasar Ikan dan tengok apa yg patut. Aku cari dvd lagi kat area situ. Mambe aku ada yg beli kain batik, tshirt. Aku dh takde kot nak beli apa. Rupiah pun dh habis sebab beli sovenir utk diri sendiri ha3, ye la aku beli koleksi² barang antik yang takde kat negara sendiri. Apa yg aku beli ha? Aku beli vespa yg dibuat dari besi (berat besi tu sampai kena tahan ngn kastam Medan, nyaris² tak lepas), kalendar kaum Batak Karo, fridge magnet, dvd pastu apa lagi aku pun dh lupa. Ha3.
Tengahari tu Dani bawak lunch kat kedai bakso, selepas habis pusing Pasar Ikan dengan Sun Plaza. Aku makan nasik dengan sup bontot, tu la menu terakhir aku yg paling aku tak lupa kat situ. Aku ingat kan sup bontot tu sup ekor, rupanya memang sup bontot/punggung. Patut la tak nampak pun mcm rupa ekorr.. sib baik sedap der.. aku bedal habiss tinggal lemak dia je.
|
(area Pasar Ikan) |
|
(meriah btol dvd²) |
|
(Sun Plaza shopping complex, Medan) |
|
(Sun Plaza) |
Begitu lah kisahnya trip aku ke Medan kali ni. Kesimpulan yg aku dapat buat adalah Danau Toba tu memang cantik. Next time kalau nak pegi lagi aku akan stay kat Pulau Samosir pulak.
Tapi apa yg aku perasan di Medan ni, persekitaran diorg bersih (terutama area di sepanjang Danau Toba). Takde la macam kat Jakarta dan Bandung. Walaupun kt Medan ni pun jual makanan yg non-halal tapi still "ok" suasananya. Acceptable. Taktau la kalau org lain yg pegi keadaannya lain pulak kan.
Pengemis pun tak banyak. Mungkin budak² situ bizi pegi sekolah kot. Ha3.
OK Danau Toba.. tunggu kedatangan aku lagi. Sebab aku pun tengah menungguu..
Menunggu bajet yg cantek.
Dan ofkoss harga tiket flight yg canteekkkkk...
Ha3.